Sekiranya anda seorang yang bujang dan berhajat untuk mencari jodoh di tempat kerja, anda terpaksa melupakan hasrat tersebut sekiranya anda berkerja di Eco Shop.
Kenapa? Kerana pihak pengurusan melarang sama sekali pekerja untuk menjalinkan hubungan sesama mereka.
Rangkaian syarikat yang menjual alatan serbaguna, Eco-Shop didakwa mengeluarkan notis arahan melarang pekerjanya bercinta sesama mereka.
Notis yang bertarikh 20 Mei 2015 itu merujuk kepada larangan hubungan sesama pekerja yang masih bujang dan sudah berkahwin, malah turut ditujukan kepada mereka yang berstatus balu, duda dan janda.
Berikut merupakan salinan notis berkenaan:
Tindakan disiplin bakal diambil kepada mereka yang ingkar arahan dan bercinta sesama mereka.
Menurut pengguna laman sosial yang pernah berkerja di Eco Shop, pihak pengurusan syarikat terbabit memang mengutamakan disiplin dan tegas.
Berikut pula komen netizen di laman sosial isu notis larangan bercinta Eco Shop ini:
Apakah sebenarnya tujuan utama pihak pengurusan mengeluarkan notis larangan bercinta itu? Mungkinkah pernah ada kes dan sejarah pekerja Eco Shop bergaduh kerana perempuan atau mungkin pekerja menjadi malas akibat tekanan bercinta? Kita nantikan jawapan dari pihak pengurusan Eco Shop sendiri nanti.
0 Komentar untuk "Notis Larangan Bercinta Dengan Rakan Sekerja Eco-Shop Viral di Laman sosial"